Thursday, April 21, 2016

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)

Kem Membaca 1Malaysia 2016 merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)  telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini.KM1M Tahun 2016 akan dilaksanakan bermula dari 02 – 04 April 2016.

Matlamat KM1M adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat dan berterusan serta menyediakan kemudahan aktiviti literasi maklumat.

Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat :       
ü  Menggerakkan program galakkan membaca.
ü  Mencungkil kreativiti murid mewarna dan mengenal huruf-huruf vokal.
ü  Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan  murid.


Aktiviti KM1M akan dijalankan di PSS, kelas dan foyer. Guru yang bertanggung jawab menjaga murid sepanjang aktiviti berlangsung adalah guru mata pelajaran waktu berkenaan.


HARI & TARIKH


AKTIVITI

MASA & TEMPAT
ISNIN
4.4.2016
1.Pertandingan Mewarna Abjad & Nombor Tersembunyi – Tahun 1
2.Projek Keratan Akhbar Pendidikan Dalam Darjah – Tahun 5
10.00 – 11.00 pagi
Foyer
11.00 – 12.30 tgh hari
Foyer
SELASA
5.4.2016
1.Pertandingan Mewarna Poster KM1M – Tahun 2

2.Projek Keratan Akhbar Pendidikan Dalam Darjah – Tahun 4
10.00 – 11.00 pagi
Foyer
11.00 – 12.30 tgh hari
Foyer
RABU
6.4.2016
1.Jom Baca – semua murid SKDOJ

2. Pertandingan Teka Silang Kata Mudah – Tahun 3
7.10-7.40 pagi
Foyer
10.00 -11.00 pagi
Foyer





Wednesday, March 9, 2016

HARI NILAM 1 SELANGOR

Pada tarikh 26 FEBRUARY 2016 PSS SKDOJ telah mengadakan perasmian HARI NILAM 1 SELANGOR. Program ini telah diadakan secara serentak di semua sekolah di Selangor.



Objektif program adalah untuk menanam tabiat membaca dalam diri murid-murid.Program telah berlangsung dengan jaya dan dirasmikan oleh Guru Besar SKDOJ Pn.Shabariah.

Program dimulakan dengan pengenalan dan maklumat NILAM secara ringkas oleh Penyelaras Program NILAM sekolah iaitu Pn.Izaidah. Seterusnya persembahan lagu tema NILAM oleh para pengawas PSS Tahun 5.



Program diteruskan lagi dengan persembahan boneka tangan oleh murid tahun 3 yang membawakan kisah haiwan. Seterusnya persembahan deklamasi sajak tabiat membaca oleh murid tahun 5.


Kemuncak program diteruskan dengan ucapan guru besar dan gimik perasmian.


Semua murid dan guru memberikan komitmen dan perhatian terhadap program NILAM di SKDOJ.Semoga usaha murni ini akan mendapat kerjasama yang berterusan dari semua pihak. Sayonara....

Tuesday, March 8, 2016

PAMERAN BERTEMA CHINESE NEW YEAR



Sepanjang bulan Januari sehingga Sambutan Tahun Baru Cina PSS telah mengadakan pameran tentang adat, sambutan dan kepelbagaian makanan sempena perayaan ini. Pameran ini telah berjaya menarik minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang adat kaun Cina.

Tahun 2016 merupakan tahun monyet. Warna MERAH sememangnya cukup sinonim dengan kaum Cina.warna ini dikatakan membawa tuah kepada mereka.




Pembelian baju baru adalah tradisi perayaan Tahun Baru Cina kerana masyarakat Cina percaya, pada permulaan tahun perlu membeli baju baru bagi menandakan tuah yang baru dan seelok-eloknya baju berwarna merah.

Selain itu, masyarakat Cina juga percaya sebelum perayaan, perlu membersihkan rumah, bagi menyambut tahun baru. Pembersihan rumah lazimnya dilakukan beberapa hari sebelum menjelang tahun baru.





Bagi yang beragama Buddha atau Taoist akan melakukan sembahyang pada malam sebelum tahun baru bagi mengundang “Dewa Kekayaan”. Kemudian pada hari kedua tahun baru Cina, upacara sembahyang perlu dilakukan sekali lagi, bagi menandakan ‘pembukaan tahun baru’. Pada hari kedua tahun baru Cina, wanita yang sudah berkahwin digalakkan kembali ke rumah ibu bapa sendiri.




Antara adat resam lain yang diamalkan, termasuklah pemberian limau Mandarin yang bunyinya dalam bahasa Mandarin sama dengan ‘emas’. Ini bermakna pemberian limau seolah-olah menghadiahkan emas pada orang lain.





Kuih bakul juga menjadi kemestian kerana ia menandakan ‘semakin tinggi’ sama ada akan naik pangkat, tambah pendapatan dan sebagainya. 

Apabila berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara mara juga perlu mengucapkan pepatah yang membawa maksud baik misalnya “Gong Xi Fa Chai” yang membawa maksud - ‘Tahniah, anda sudah kaya’ , panjang umur, sihat selalu dan apa saja ungkapan yang membawa maksud yang baik.


Antara perkara lain yang amat titik beratkan termasuk perlu menjaga percakapan dan berkelakuan baik. Sudah pasti perkataan tidak elok seperti ‘mati’ dielakkan sama sekali. Andai berasa sedih sekali pun, perasaan itu harus dikawal bagi mengelak tangisan, khususnya pada hari pertama Tahun Baru Cina. Alasannya - menggamit tuah.

Pada hari pertama juga tidak boleh menyapu sampah kerana masyarakat Cina percaya, tuah akan singgah di rumah. Oleh itu, perbuatan menyapu itu boleh menghalau tuah atau ‘Dewa Wang’. 

Ada juga orang-orang tua menyebut, jangan pecahkan barang khususnya pinggan mangkuk atau cawan, kerana ia boleh menandakan nasib yang tidak baik. Tetapi sekiranya berlaku juga kecuaian dan ada barang yang pecah kita perlu menyebut “Lok Tei Hoi Fa Fu Kuai Wing Wa” bermaksud, benda yang jatuh dan pecah itu akan bertukar menjadi kemakmuran.




Tuesday, January 19, 2016

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS 2016

Pada 18 Jan 2016 badan pengawas sekolah, pusat sumber dan unit bimbingan dan kaunseling telah bekerjasama mengadakan majlis watikah pelantikan pengawas sekolah,pengawas pusat sumber sekolah dan pembimbing rakan sebaya.

Majlis disempurnakan oleh Guru besar Pn.Shabariah menyarungkan vest kepada ketua yang mewakili 3 unit sebagai gimik perasmian dan penyerahan watikah lantikan.

Seterusnya ketua setiap unit mengetuai bacaan ikrar unit masing-masing.

Tahniah kepada murid yang terpilih dan semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi serta berdisiplin selaras dengan ikrar pelantikan yang telah diikrarkan. 











Happy New Year



Assalamualaikum w.b.t dan salam Sehati Sejiwa
semoga di lembaran baru 2016 ni akan memberi impak positif kepada semua....terutama kepada pusat ilmu pusat sumber SKDOJ.